Sunday, 27 November 2011

MARI BELAJAR SAINS TAHUN 3

Tajuk: Memahami Ciri-ciri Fizikal Haiwan


Permulaan/ Mencungkil idea:


Memainkan bunyi haiwan dan buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan menyoal supaya mencungkil idea murid tentang ciri-ciri haiwan.
Murid mendengar bunyi haiwan yang dimainkan dan memberi respon terhadap soalan yang di tanya.

Menstruktur/ Menstruktur semula: 
Guru menayangkan slaid power point yang mempunyai gambar pelbagai jenis haiwan dan seterusnya membimbing murid-murid untuk menghuraikan ciri-ciri haiwan.

Aplikasi idea:
Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan meminta murid melabelkan ciri-ciri fizikal haiwan berpandukan gambar haiwan yang terdapat dalam kertas mahjong yang diberi oleh guru.  Seterusnya meminta murid membuat pembentangan di hadapan kelas mengikut kumpulan masing-masing.




Guru menaksir kefahaman murid dengan meminta murid merekod dalam jadual mengikut kumpulan untuk menentukan ciri-ciri haiwan.

Refleksi/ Penutup:
Guru mengedarkan lembaran kerja individu dan meminta murid-murid menghabiskan lembaran kerja di rumah.





Sunday, 6 November 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.